Terma & Syarat



  •  Semua harga adalah ditetapkan oleh pihak admin Prima Bawal. Sebarang promosi akan  diumumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa.

  •  Pelanggan yang membuat pembayaran terlebih dahulu dan mengisi order form adalah pelanggan yang layak mendapat tudung yang diidamkan.



  • Pihak Prima Bawal hanya melayan 'serious buyer' sahaja. Tidak dibenarkan membatalkan pembelian setelah pembayaran dibuat. 



  • Tudung/Produk yang dibeli tidak boleh dikembalikan semula kecuali terdapat kerosakan pada tudung/produk tersebut.



  • Tempahan (booking) adalah tidak dibenarkan melebihi tempoh 24 jam. Sekiranya pembayaran gagal dibuat dalam tempoh 24 jam, tudung akan dibuka untuk jualan semula.



  • Sekiranya pembayaran yang dibuat melebihi harga produk, baki wang akan dipulangkan semula paling lewat sebelum pukul 12 tengah malam pada hari yang sama.



  • Pelanggan yang gagal memberikan bukti pembayaran tidak akan dilayan pesanannya (order).



  • Pelanggan haruslah mengisi borang pesanan online selepas pembayaran dibuat berserta bukti transaksi pembayaran.

  • Sekiranya pembayaran melalui CASH DEPOSIT dibuat, salinan slip cash deposit dan reference no perlulah disertakan melalui emel dan diemelkan kepada orderprimabawal@gmail.com



  • Tudung/Produk yang dijual secara online di blog primabawal.blogspot.com adalah 100% baru.



  • Pihak Prima Bawal menggunakan khidmat POS Malaysia. Penghantaran adalah PERCUMA untuk di MALAYSIA sahaja dan mengambil masa dari 1-3 hari bekerja untuk sampai.



  • Pelanggan haruslah emel kepada pihak admin Prima Bawal di alamat primabawal@gmail.com setelah menerima penghantaran. Jika tidak, selepas 7 hari bekerja , kami menganggap pelanggan sudah pun mendapat tudung/produk tersebut.



  • Sila pastikan alamat yang diberi adalah sah dan ada penerima yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan akan dikehendaki menuntut barang di pejabat POS Malaysia yang berdekatan.



  • Nombor Pengesanan (Tracking No.) POS Malaysia akan disiarkan di laman blog Prima Bawal dalam tempoh 1 hari selepas tudung/barang di hantar.



  • Update terkini boleh didapati melalui Facebook Page Prima Bawal. Pelanggan digalakkan menjadi Fans FACEBOOK Prima Bawal.



  • Untuk memastikan tudung yang diingini masih ada, pelanggan boleh terus SMS pihak Prima Bawal. Panggilan telefon adalah tidak digalakkan memandangkan pihak admin Prima Bawal tidak sempat untuk melayan semua panggilan pada satu masa.


  • Warna tudung di dalam gambar mungkin sedikit berbeza di sebabkan pencahayaan dan setting computer. Untuk pengesahan, boleh menghubungi pihak admin kami.