Asal Usul Nama Tudung Bawal

Mungkin kadang-kadang kita terfikir dari mana datangnya nama tudung bawal ini. Adakah dari nama ikan Bawal? Kalau menurut kepada beberapa pendapat, istilah 'Bawal' ini berasal daripada 'Voile' yang bermaksud fabrik yang lembut dan nipis.Kebiasaannya diperbuat 100% daripada kapas (cotton) atau campuran dengan linen dan polyester. Merujuk kepada kamus Oxford, Voile ini membawa terjemahan kain kasa.

Istilah 'Voile' ini berasal daripada Perancis iaitu 'Veil' kerana fabriknya yang ringan. Fabrik Voile ini digunakan dalam pembuatan pakaian. Kalau kita lihat pada tren tudung bawal ini, ia tidak lapuk ditelan zaman kerana kesesuaiannya dengan pelbagai jenis pakaian. Evolusi yang berlaku pada tudung bawal ini sendiri membawa kepada pelbagai jenis tudung bawal dan juga corak serta tonanya.

Di Prima Bawal ini sendiri, kami mempunyai tudung bawal daripada pelbagai corak dan warna, antaranya ialah Bawal Pelangi, Bawal Crown, Bawal 4 Tona, Bawal Cekak Manik dan Bawal Double Rose. Produk ini akan ditambah dari semasa ke semasa dan berdasarkan permintaan.

4 comments:

  1. oh..tak pernah tahu pun asal usul tudung bawal...heheheeh..nice info.

    ReplyDelete
  2. salam sahabt.
    Kunjungan balas..trimas sudi mampir..salam kenal yah.

    ReplyDelete
  3. memang sudah lama dengar n lihat isteri pakai, cuma baru tau usulnya.

    ReplyDelete